Sunday, 23 December 2012

GOOGLE docs

Apa itu google docs??
Google docs adalah sebuah perkhidmatan dari google untuk membuat, mengedit dan pelbagai kegunaannya dalam membuat dokumen secara online. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat membuat dokumen seperti Ms.Word malah dapat membuat pembentangan menggunakan powerpoint dan operasi spreadsheet misalnya Ms. Excel dan banyak lagi.hasil pekerjaan anda yang telah siap boleh disimpan dengan selamat dalam perkhidmatan ini dan boleh dibuka pada bila masa sahaja.

Bagaimana mendapatkan perkhidmatan Google Docs?
Anda mampu memilikinya dengan hanya memiliki akaun google mail dan login ke dalam google docs pada alamat http://docs.google.com/ .

Bagaimana cara membuat dokumen?
Untuk membuat dokumen pula, pertama sekali anda perlu menentukan jenis dokumen yang anda inginkan. Ada lima pilihan iaitu Document, spreadsheet, presentation, form, dan drawing. Anda dapat mencipta apa yang anda inginkan melalui kepelbagaian pilihan ini!!...
Untuk infomasi lain,sebaik-baiknya anda cubalah sendiri. 

Pada pendapat saya, perkhidmatan google docs memiliki keistimewaan yang tersendiri dan mampu memudahkan kita create apa sahaja tanpa dan dapat menghantar ke mana sahaja yang kita ingin kongsikan. Kelebihan ini harus digunakan sebaiknya terutamanya pelajar.
Selamat mencuba semoga bermanfaat… “”!!!!.. peace…

No comments:

Post a Comment