Assalamualaikum
dan salam satu blogger. disini anda dapat mengetahui cara macammana kita nak dapatkan fakta yang kita cari
tanpa ditipu oleh sesetengah blog yang mempermainkan keyword untuk
mendapatkan trafik. Kadang-kadang maklumat yang sebenar tiada dan hanya mengelirukan kita.
Untuk
mengelakkan kejadian ini berlaku, terdapat step/cara yang boleh kita buat
untuk mengecilkan skop pencarian. Apabila kita berbincang
berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di
Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam
masa secepat yang mungkin.
Enjin
carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna
enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan
pantas. Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih
memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu
pertandingan perlumbaan kereta. Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk
menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan
keputusan carian yang tidak betul. Di sini akan dibincangkan beberapa
faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil
carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan
enjin carian di Internet.
Struktur
binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu
sama lain. Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan
ini menggunakan enjin carian Google.
Berikut adalah beberapa kaedah
yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas
menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-
1.
Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu
carian yang dibuat. Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian
akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk
mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang
sangat spesifik dan unik.
2.
Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya
adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan
menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci
yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi
secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata
kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak
berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian
berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan
dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas
dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak
merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti –
Enterprise – Ker dan lain-lain.
3.
Penggunaan tanda pengikat kata (” “) bagi mendapatkan kata kunci yang
lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia
tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata
kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan
maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu
carian. Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan,
“Membujur lalu melintang patah”.
4.
Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak
membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar
dan yang berada dalam pengikat kata. Jadi, jangan membuang masa dengan
perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang
berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
5.
Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana
kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan
dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan
lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu,
ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses
carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (” “).
6. Penggunaan fungsi AutoComplete
dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum
kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu
memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak
carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete
dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian
menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete
ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada
pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla
Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk
dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak
tepat dalam menggunakan enjin carian. Namun begitu, sekiranya carian
maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan Browser History
atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer,
Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadang kala ada alamat laman web yang
sudah kita layari untuk dapatkan maklumat. Sekiranya ada keperluan lagi
dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan
banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu. Jadi, alamat
laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di
bahagian Browser History ini. Bagi memudahkan lagi carian kita,
perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari
menggunakan pelayar web tersebut.
9.
Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian.
Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang
dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti
berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10.
Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang
boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian
dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat
yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda
tambah ( + ) – Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang
biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya.
Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah
simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and
city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan
perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda
aliran ( ~ ) – Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan,
enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang
sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua
perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini
terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti
HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti
berikut, ~ HTML.
nTanda
asterik ( * ) – Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama
dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *.
Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada
perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala
maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan
yang lain.
nTanda
atau ( OR ) atau ( | ) – Ia digunakan untuk mencari salah satu
perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah
akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan |
indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada
perkataan carian tersebut.
nJulat
penomboran – Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan
skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor
tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100
RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan
carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan
kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara,
bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang
terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel
dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian
yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada
sesuatu perkara. Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala
apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau
alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita
mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan
enjin carian. Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai
pelbagai jenis maklumat. Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek
carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa
yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada
bahasa Inggeris. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment