Cara membuat carian dalam Wikipedia dan Enjin Carian yang lain.
BY Cyril Modili
- Jika anda lihat di sebelah kiri pelayar web (browser) anda, terdapat satu kotak yang berlabel cari, dan diikuti dengan Pergi dan Cari. Taip sahaja apa yang anda ingin cari ke dalam kotak carian dan tekan kekunci Enter. Atau klik Pergi / Cari.
Enjin Carian Luar
Terdapat banyak enjin gelintar yang boleh mencari dalam laman web tertentu sahaja, termasuk Wikipedia. Biasanya carian tersebut adalah berdasarkan teks yang ditunjuk di dalam perlayar web, jadi markup wiki tidak menjadi masalah.
Secara amnya, pencarian yang menggunakan enjin carian/gelintar luar adalah lebih pantas daripada carian Wikipedia. Walau bagaimanapun, oleh kerana cache enjin gelintar bergantung kepada bila sesuatu laman web diindeks, halaman yang baru dicipta tidak akan terpapar. Ini juga bermakna cache enjin tersebut mungkin tidak dapat memaparkan versi terkini sesuatu halaman. Seperkara lagi, apabila menggunakan carian luar, rencana yang dikehendaki (sekiranya ada) jarang berada di tempat teratas, sebaliknya berada lebih bawah daripada rencana-rencana lain yang turut memuatkan perkataan yang dicari. Ini adalah disebabkan oleh teknik pencarian optimum enjin carian tersebut.
Persoalan-persoalan ini mungkin boleh diatasi dengan menggunakan beberapa enjin carian kerana setiap enjin gelintar memproses Wikipedia dengan cara yang berbeza:
- Yahoo! memasukkan Wikipedia sebagai satu kandungan tetap dan mengemaskini datanya (Yahoo!) secara berkala.
- Clusty memuaturun data/kandungan Wikipedia dan memprosesnya secara berkala, kemudian mencipta abstrak secara automatik dan thumbnail gambar. Clusty juga menguraikan alihan (redirect), penghilang kekaburan (disambiguation) dan kategori.
Selamat Mencuba... :)
No comments:
Post a Comment