Cara untuk mencantikkan blog | lebih mesra pelawat
As'salammualaikum...
mesti ramai yang hairan kan,blog acik nie bukan cantik pun,tapi pandai2 pula nak memberitahu cara untuk mencantikkan blog..
acik sedar akan keadaan itu..*cewah,ayat*
memang blog acik tak cantik dah sekarang..cukuplah dulu2 acik dah cuba
pelbagai cara untuk cantikkan blog ini dan cukuplah acik memeningkan
kepala dengan segala kod html..sekarang nie nak pencen dah dengan kod2
tu..huhu...dari zaman url blog acik http://aciksayang.blogspot.com
kemudian berganti ke http://www.puspitakirana.com ertinya acik dah lalui
sebuah perjalanan yang panjang dan dah cukup rasanya untuk acik membuat
entri sendiri mengenai tajuk utk hari ini..
inilah dia versi acik ita..versi pengalaman acik..versi penilaian acik..versi pembacaan acik dan versi mata hati acik..huhu..*berapa banyak versi daaa*
inilah dia versi acik ita..versi pengalaman acik..versi penilaian acik..versi pembacaan acik dan versi mata hati acik..huhu..*berapa banyak versi daaa*
sebelum tu,jom lihat wajah blog acik yg dulu2..sangat berwarna-warni..
perubahan yang sangat jauh kan dari yang sekarang...
jauh sampai kawan2 blogger acik yang dulu dah lupa dah kat acik *tu part yang sedih*
tapi jika anda adalah salah seorang blogger yang ingin serius dalam dunia blog nie,pasti anda juga akan buat benda yang sama dengan acik..
melakukan perubahan yang begitu ketara setelah mengetahui apa sebenarnya ciri2 blog yang lebih 'mesra pembaca'..lebih penting,'mesra SEO'..
jadikan masa 'bw' sebagai masa untuk mencari ilmu dan menjadi pemerhati yang peka..
blogwalking adalah masa yang sangat sesuai untuk anda belajar dan memerhatikan ciri2 blog yang lebih mesra pembaca ataupun blog yang setakat cantik dipandang mata..kalau dah jalan2 tu,cubalah untuk memerhatikan keistimewaan sesebuah blog..bukan setakat bw kemudian shout di chatbox mereka,'follow me n i will follow u back'.. tapi jangan salah faham..acik tak kata tinggalkan jejak di shoutbox tu perkara yg salah,ada pentingnya juga aktiviti tu..
Background
bagi sesetengah blogger,background mmg penting..kerana background mampu
memberikan seri yang tersendiri ..tapi jika anda perasan,blog yang
popular,banyak reader dan visitor,mereka hanya lebih mengutamakan
penulisan atau isi blog..mereka tak begitu kisah dengan benda
ini..mengunakan background yang simple juga dapat meringankan blog anda
tau..
Header
acik tau,banyak blogger sekarang yang kreatif..suka edit2 gambar dan
memasukan ilmu pendidikan seni di bahagian header..huhu..perkara tu tak
salah..malah satu perkembangan yang baik..ertinya semakin banyak remaja
kita yg kreatif lagi inovatif..bagus..bagus..
tapi dek,nie akak nak bagi tips sikit..header tu gunalah dengan saiz yang sewajarnya..makin besar header,makin lambat dia nak muncul..secara tak langsung ia memberi kesan juga kan kepada blog anda..mmg header boleh dimasukkan dalam kategori 'identiti sebuah blog',tapi kalau entri lagi cepat muncul dari header kan dah tak cantik dah..umpama melihat seseorang dari bawah kaki sampai ke leher sahaja...muka dan kepala tak pasti macam mana rupa dia..tapi itu hak anda,ini cuma pendapat acik jer tau..jangan marah yea...(^_^)
tapi dek,nie akak nak bagi tips sikit..header tu gunalah dengan saiz yang sewajarnya..makin besar header,makin lambat dia nak muncul..secara tak langsung ia memberi kesan juga kan kepada blog anda..mmg header boleh dimasukkan dalam kategori 'identiti sebuah blog',tapi kalau entri lagi cepat muncul dari header kan dah tak cantik dah..umpama melihat seseorang dari bawah kaki sampai ke leher sahaja...muka dan kepala tak pasti macam mana rupa dia..tapi itu hak anda,ini cuma pendapat acik jer tau..jangan marah yea...(^_^)
Sidebar
sidebar,adalah bahagian penting dalam blog anda..sidebar bagaimana yang
lebih bagus? sidebar yang tak serabut dengan gambar,dengan gif2 dan yang
tak terlalu panjang sampai cecah tanah..huhu..jangan letak terlalu
banyak content di bahagian sidebar..makin banyak letak content di
sidebar,makin berat juga blog anda..bagi acik,tak perlu la pelihara ikan
dan hemster tu di sidebar..yang tak penting2 tu sebaiknya remove la
sekarang yea..tips penting di sini,template dengan dua column adalah
pilihan yang tepat..(^_^)
jika anda tetap nak letak 7 entri atau 10 sekali pun dalam main page,gunalah kaedah 'read more'..biar ringan sikit blog anda..ini bukan paksaan yea..hanya sedikit pendapat acik..
bahagian komen adalah bahagian penting selepas entri..orang dah baca entri,nak komen..tapi jika dah taip panjang nak send komen kena refresh page pulak dah...tak habis dengan tu,kena masukkan perkataan pulak..refresh page lagi..urrrmmm..kalau blog tu laju load dia tak apa,kalau berat..acik yakin,patah terus niat nak komen..klik [X] la pembaca tadi...
nak buat pop-up window bukan susah pun,pergi setting,klik comment,tanda popup window dan save,dah siap..tak susah..tak perlu edit html pun..huhu
Apa itu SEO? ada incik google
kan,cuba tanya dia..hehehe...sebenarnya bab2 SEO nie acik bukanlah
pakarnya..sebab acik pun baru belajar mendekatkan diri dengan benda yang
berunsurkan SEO nie..baru dua minggu acik belajar..Bilangan Post dalam Laman Utama
Bagi reader yang baru pertama kali datang ke blog anda kadang2 akan melalui laman utama atau main page anda kan..jadi bilangan post dalam laman utama anda tu janganlah terlau banyak..ada sesetengah blog yang acik pergi tu,main page dia sampai 7 post..kalau dah 7 post/entri tu,paham2 aje la yea panjang dia,nak tunggu semua entri tu satu hal,kalau ada banyak gambar lagi dalam satu entri..erk..sabar aje la..jika anda tetap nak letak 7 entri atau 10 sekali pun dalam main page,gunalah kaedah 'read more'..biar ringan sikit blog anda..ini bukan paksaan yea..hanya sedikit pendapat acik..
Bahagian Komen : Gunalah pop-up window
Walau benda nie dah banyak blogger2 otai dah tegur,tapi masih banyak juga yang tak ambil peduli..tak ambil peduli atau tak tau? atau tak perasan?atau biarkan?bahagian komen adalah bahagian penting selepas entri..orang dah baca entri,nak komen..tapi jika dah taip panjang nak send komen kena refresh page pulak dah...tak habis dengan tu,kena masukkan perkataan pulak..refresh page lagi..urrrmmm..kalau blog tu laju load dia tak apa,kalau berat..acik yakin,patah terus niat nak komen..klik [X] la pembaca tadi...
nak buat pop-up window bukan susah pun,pergi setting,klik comment,tanda popup window dan save,dah siap..tak susah..tak perlu edit html pun..huhu
Letakkan Follower di bahagian sidebar tepi
meletakkan vvip (follower) di bawah header adalah satu perkara yang bagus,itu tandanya anda sangat menghargai follower anda..tapi maaf yea,nie hanya pendapat acik secara peribadi,meletakkan follower dibawah header adalah kurang tepat jika anda mmg berniat nak ringkan blog..tu hanya akan melambatkan blog anda utk load..nie pengalaman acik sebagai kaki bw juga..jelas terbukti,bahawa follower yang diletak di sidebar adalah lebih baik dari di bawah header..*cam kesimpulan dalam eksperimen sains pula ayat acik..hehe*Guna Template Mesra SEO Lebih bagus
semasa acik baru berganti ke domain web,diawal perubahan tu blog acik mengalami kejatuhan,kalau orang ibaratnya jatuh tersungkur..apa taknya,dulu blog acik dah ada PR dan alexa rank termasuk bagus..tapi setelah berganti,PR acik jadi 0/10..dan alexa rank jadi no.yang ke 6juta lebih..6juta woo..adoyai..tapi alhamdulillah,acik belajar sikit2 pasal SEO,kini dah dalam 3juta lebih hanya dalam beberapa hari..itulah gunanya template mesra SEO dan sedikit ilmu SEO..pr tu,kalau dapat alhamdulillah..kalau tak pun tak apa,sekurang2nya acik tau batas kemampuan diri acik..ertinya acik kena berusaha lagi kuat..huhu..
satu kelebihan yg acik perasan semasa guna template mesra SEO nie,bilangan pelawat atau traffic mmg alhamdulillah bagus..kalau cecah ribu riban tu acik sedar,acik masih tak layak..tapi kalau anda tak nak bw selama 2hari,pelawat tetap ada..tak la sunyi blog dari pelawat..
Jenis Tulisan,Gambar, dan lain-lain
Jenis tulisan,sebaiknya guna yang biasa2..kita nak buat pelawat blog kita membaca dengan mudah,kan..kalau tulisan terlalu unik dan berseni boleh menimbulkan malas..malas nak baca kemudian malas nak komen..mereka hanya akan jadi pelawat semata2 nak tinggalkan jejak kemudian anda kena jejak kembali...gambar pula,seperti acik nyatakan tadi,jangan terlau banyak gambar dalam format gif..ala gambar yang gerak2 tu..kalau terlalu banyak benda tu,ia boleh membuatkan pembaca anda hilang fokus nak baca..baca sikit,tengok ag benda gerak2,pas tu 'eh,sampai mana aku baca tadi?'..tak best kan cam tu..
gunakan template dua column,lebih simple..kalau kiri kanan entri ada sidebar,rasanya sedikit m'ganggu..
lain2 pula adalah seperti penggunaan warna pada blog..jangan terlalu banyak widget di sidebar,dan susun atur blog kena la kemas...
ok la..sakit dah piggang acik..hehe..jika ada di antara anda nak tambah apa2 info atau panduan berguna,boleh tinggalkan komen di bawah..tak baik dekut ilmu...berkongsi ilmu tu kan dapat pahala...
^^
semoga berguna yea...
barakhallahufik. .
POST BY NUR ASHIKIN YAKUB
No comments:
Post a Comment