Konsep Internet
Internet adalah
kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia. Dalam hal ini
komputer yang dahulunya digunakan berasingan dapat berhubung terus dengan
host-host atau komputer-komputer yang lain.
Defenisi yang lain
adalah, Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat
besar dimana setiap penduduk memiliki alamat ( Internet address )
yang dapat untuk berkirim surat atau maklumat. Jika kita ingin mengelilingi
dunia, di atas alam siber atau media telekomunikasi. Jalur lambatnya
menggunakan talian telefon, dan jalur cepatnya menggunakan talian leased atau
ISDN.
Oleh kerana sifatnya
berupa ruang yang mirip dengan dunia kita seharian, maka internet boleh disebut
dengan ruang siber ( cyber space)
Sejarah Internet
Sebelum Internet ada,
ARPAnet (US Defense Advanced Research Projects Agency) atau Jabatan
Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar di
seluruh US untuk menghasilkan maklumat berpusat, yang apabila berlaku peperangan,
maklumat mudah disebarkan. Jadi bila satu bahagian dari sambungan rangkaian
terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara
automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu
Internet digunakan
oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan
teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat
membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.
Ringkasan Sejarah
Internet
1960an- Pakar komputer
menemui cara untuk membina sistem rangkaian.
1969 - ARPANET (DoD
Advanced Research Project Agency) menyambungkan
UCLA, University of California di
Santa Barbara, University of Utah, dan Stanford Research Institute.
1975 - Pentabdiran
internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi Pertahanan U.S.
1979
-
USENET mula disebarkan ke sistem perhubungan berita antarabangsa.
1981 - BITNET (Because
It's Time Network) mula menawarkan mel-elektronik dan ‘ list servers
’untuk sebaran maklumat. CSNET (Computer
Science Network) menawarkan servis ‘dial-up’ untuk e-mail. Perkhidmatan
internet menggunakan komputer pc diperkenalkan.
1982 - TCP/IP (Transmission Control
Protocol/Internet Protocol) menjadi piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET.
1983 - MILNET dan DDN
(Defense Data Network) diasingkan dari ARPANET.
1984 - Sistem Domain Name
Server (DNS) diperkenalkan.
1986 - Cleveland FreeNet
memulakan operasi.
1987 - Agensi Sains Kebangsaan US (NSF)
menandatangi perjanjian lima tahun ($14 juta ), dengan IBM, MCI, dan Michigan
Educational Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian.
1988 - Robert Morris, Jr.
melepaskan "worm" ke Internet.
1990 - CERN ( European Particle Physics Laboratory
di Switzerland) memperkembangkan World Wide Web.
1991 - NSF memperkenalkan undang-undang siber
penggunaan internet untuk tujuan komersial. DoDDS mula menggunakan CC:Mail.
1994 - Digital video dan
audio mula diperkenalkankan melalui Internet.
Kegunaan Internet
Banyak kegunaan yang
menguntungkan yang boleh didapati dari Internet dalam semua bidang (perniagaan,
akademik, kerajaan, organisasi dsb), antara lain:
1. Maklumat yang boleh diperolehi
dengan lebih cepat dan murah dengan aplikasi:
• Mel Elektronik (
e-mail )
• World Wide Wide ( www
)
• NewsGroup
• Multimedia
• FTP
• Gopher
• dan lain-lain
2. Mengurangkan perbelanjaan kertas
dan kos pengeluaran dan penyebaran,
contoh:
• Buku di Internet
• Majalah, brosur, dsb
3. Sebagai media iklan/promosi,
contoh:
• Imej syarikat
• Pengenalan, dan
pemesanan produk
4. Komunikasi Interaktif
• Multimedia
• E-mail
• Sidang Video
(Videoconferencing)
• Internet Relay Chat
• Internet Phone
5. Sebagai alat Research and
Development
6. Pertukaran data
Mel Elekronik
(E-Mail)
Mel Elektronik adalah
salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak digunakan di internet.
Dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail berupa program, gambar grafik
dan sebagainya dari komputer ke komputer lain dan dihubungkan melalui alat dan
perisian komunikasi.
Kelebihan
• Murah
• Cepat
• Mudah
• Berkesan
World Wide Web (WWW)
WWW adalah aplikasi
yang paling menarik di internet seperti e-mail aplikasi ini sangat penting dan
banyak digunakan. Aplikasi ini kadang-kadang disebut “ The killer
application” atau “the world is in your finger tips” kerana sedemikian mudahnya
kita dapat mendapatkan maklumat tidak hanya teks tetapi gambar ( imej ), maupun
multimedia. Dalam apklikasi ini banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan
seperti:
• Memesan atau membeli
sesuatu barang secara online
• Mendaftar secara
online
• Mengakses multimedia,
dsb
Informasi yang
diletakkan di www disebut “laman web” dan setiap laman web mempunyai
alamatnya masing-masing.
File Transfer
Protokol (FTP)
File Transfer
Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet untuk muat turun
(download) dan muat naik (upload) sesuatu fail di FTP server. Dengan ini kita
dapat bertukar fail dengan cepat. Pada masa sekarang terdapat banyak program
dan software yang percuma (free) untuk di muat turun dari mana-mana laman web
di internet.
Sidang Video
Sidang video
merupakan perhubungan antara penguna dari berbagai lokasi yang dihubungkan
melalui internet. Perkakasan yang diperlukan oleh setiap pengguna adalah
komputer, kamera tv, perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan. Ianya
boleh dianggap, seperti suatu mesyuarat yang dijalankan diruang siber dimana
pesertanya terdiri dari pelbagi lokasi yang berlainan. Pengguna boleh
berinteraksi secara langsung (on-line) antara satu dengan lain.
News Group
News Group merupakan
forum diskusi yang merupakan ruangan-ruangan diskusi yang terpisah dan setiap
ruangan mempunyai tajok diskusi yang berbeza-beza. Disetiap ruangan boleh
terdapat lebih dari seorang yang saling bertukar pendapat atau pandangan. Jadi
pendapat yang diberikan boleh diterima oleh semua orang yang ada di ruangan
tersebut. Ianya boleh juga dianggap seperti Bulletin Board yang
ada di sekolah atau pejabat, sehingga setiap orang boleh meletakkan
artikel-artikel atau pendapat-pendapatnya yang boleh dilihat dan dibaca oleh
semua orang. Dengan aplikasi News Group artikel atau surat yang dikirim dapat
dengan cepat terletak di group yang diinginkan.
Telnet
Dengan Telnet kita
boleh mengakses komputer yang lain tanpa perlu mempunyai program komputer
berkenaan. Jadi yang dilihat dimonitor komputer adalah isi dari komputer yang
kita hubungkan tersebut. Ini sering juga disebut “ Remote Login”. Contoh-contoh
yang dapat dilakukan dengan Telnet :
• Mencari katalog
perpustakaan, kampus, dsb
• Mengakses pangkalan
data
• Mengakses Buletin
Board Organisasi kerajaan.
Untuk menggunakan
Telnet kita harus mempunyai IP adress atau domain name dan juga kita harus
mempunyai hak untuk mengakses yaitu dengan login name dan katakunci (password).
Gopher
Gopher adalah
aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di Internet, tetapi hanya teks
saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita
harus menghubungkan dengan Gopher server yang ada di internet.
Chat
Chat adalah program
aplikasi internet yang memungkinkan kita bercakap secara langsung (on-line)
dengan pengguna internet yang lain. Program aplikasi ini biasa disebut IRC (
Internet Relay Chat ) Disini, berbicara melalui papan kekunci dan harus
mengadakan hubungan dengan IRC server.
3.2 Pelayar Internet
Untuk melayari
Internet kita memerlukan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Kita juga
harus mendaftar ke Internet Service Provider untuk membolehkan akses ke
Internet. Internet Service Provider adalah syarikat yang menyediakan
laluan ke Internet. Kita juga harus mempunyai alamat di ISP.
Jenis Laluan
Jenis laluan yang diberikan oleh Internet
Service Provider:
• IP Connection
Kalau semua hardware
dan sofware kita ingin dihubungkan secara langsung atau akses ke Internet, maka
kita harus menggunakan IP (Internet Protocol) address.
• Dial UP Connection
Kalau kita menggunakan modem untuk
dial ke ISP supaya mendapatkan sambungan ke Internet, maka dikenal Dial UP
akses.
Internet Service
Provider di Malaysia
1. JARING
Joint Advanced
Research Integrated NetworkinG JARING ditadbir oleh MIMOS (Malaysian
Institute of Microelectrinic System)
2. TMNet
Telekom Malaysia Networking. Diuruskan
oleh Telekom Malaysia
3. DIGI
4. Celcom
5. Maxis
6. P1
7. Yes
Singkatan domain
1. Negara
• au : Australia
• ca : Canada
• fr : Perancis
• uk : United Kingdom
• id : Indonesia
• my : Malaysia
• us : USA
• sg : Singapura
2. Jenis organisasi
• .com : untuk perusahaan
atau badan komersial, contoh : apple.com
• .edu : untuk
institusi pendidikan, contoh : utm.edu.my
• .gov : untuk badan
kerajaan, contoh : moe.gov.my
• .mil : untuk kalangan
tentera, contoh : af.mil
• .int : untuk badan
bebas antarabangsa
• .net : untuk host
yang mengatur jaringan / ISP, contoh : jaring.net
• .org : untuk
organisasi swasta yang tidak tergolong dari di atas
Perisian Web Browser
Terdapat banyak perisian yang boleh
digunakan untuk melayari internet. Di antaranya adalah :
• Internet Explorer
• Netscape
·
Mozilla
Bahasa Internet
Untuk tujuan membina
perisian dalam internet dan membolehkan pengguna lain mengakses homepage yang
dibina. Pembina homepage perlu menggunakan bahasa khusus yang digunakan dalam
internet iaitu :
• Bahasa HTML
(hypertext markup language)
• Bahasa JAVA.
Isu Moral Dan Undang-Undang
Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang
berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta,
bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal
selia.
Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang
terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar
atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi
pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di
internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi
buta.
Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat
penerbitan filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna
internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformat MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan seperti Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika
(RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat
turun lagu yang dicetak rompak.
seseorang yg tidak mampu mengenali lebih dekat lagi mengenai internet sememangnya masyarakat yang rugi. ini kerana, internet memiliki banyak fungsi yang masih majoriti masyarakat tidak mengetahuinya walhal mereka mampu untuk menggunakan internet sebagai kemudahan harian. oleh itu, jadikan imej profesional menjadi tunjang kepada setiap mengguna internet agar tidak ketinggalan oleh celik it yang lain.
ReplyDelete