Kemahiran Teknologi Maklumat sememangnya amat
penting dalam kehidupan kita hari ini. hal ini bersangkutan dengan era
globalisasi dan ledakan maklumat yang sedia ada. Justeru, dengan perlancaran
ICT yang cepat berkembang dalam kehidupan manusia hari ini. mereka yang tidak
menguasai ICT akan dianggap ketinggalan dalam pengetahuan mengenai ICT.
Contohnya kemudahan ICT ialah internet, telefon, Astro dan banyak lagi. Kesemua
kemudahan ini banyak member faedah malah dapat member keburukan kepada
masyarakat juga.
Antara kebaikan ICT dalam kehidupan kita
adalah seperti kita boleh mendapatkan maklumat secara mudah dan lebih
terperinci. Misalnya, pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja
sekolah kerana pelbagai maklumat dapat diakses secara mudah. Contohnya maklumat
berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar
negara malah banyak lagi.
Kedua ialah ICT boleh memudahkan kita
berhubung dengan sesiapa sahaja walau dimana jua. Misalnya kewujudan laman-laman
sosial seperti Facebook, twitter dan Myspace. Manusia dapat berkenalan dan
mengenali rakan-rakan luar sekaligus berhubung semula dengan rakan yang lama.
Ketiga ialah ICT memudahkan urusan harian
manusia. Contohnya pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai
yang boleh dilakukan secarra dalam talian. Kita tidak perlu beratur panjang dan
dapat menjimatkan masa.
Selain itu, dengan ICT kita dapat mengetahui
maklumat lebih cepat, tepat dan pantas. Berita yang disampaikan secara atas
talian dari seluruh negara dapat dikongsikan dan kita tidak perlu lagi
menunggu. Kita sekaligus dapat melihat perkembangan dunia yang terkini.
Keburukan ICT pula ialah fitnah dapat disebar
secara lebih mudah. Memang sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis
dan menyiarkan maklumat. Maklumat yang disiarkan sukar untuk menentukan
kesahihannya.
ICT juga boleh mempengaruhi pelajar dan membuatkan
mereka leka menggunakan ICT. Hal ini kerana, mereka akan banyak menghabiskan
masa dengan bermain game di Internet dan sekaligus mengabaikan peranan mereka
sebagai pelajar malah tidak akan bersosial dengan masyarkat luar.
Keburukan seterusnya ialah, ICT akan membuat
seseorang terdedah dengan perkara yang tidak baik. Misalnya cereta lucah,
gambar lucah dan bicara lucah. Ini akan merosakkan akhlak dan jiwa remaja. Ini
sekaligus mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik.
Kejadian sebegini akan membuat pertambahan kes jenayah seperti kecurian dan
sebagainya. Impak bagi remaja pula, mereka akan membazirkan duit mereka ke
siber-siber berdekatan. Mereka akan sanggup menipu dan lebih buruk lagi mencuri
duit ibubapa mereka sendiri sekadar untuk bermain game di pusat siber yang ada.
Penutupnya, kebaikan ICT memang tidak dpat
dinafikan, namun tekniologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang
sewajarnya agar tidak menimbulkan sebarang kesan negatif. Masyarakat perlu
saling mengingatkan antara satu sama lain bahawa ICT mampu memberi faedah yang
berguna untuk kepentingan masa hadapan namun keburukannya harus tidak
dilupakan.
Ict mempengaruhi hidup sama ada dari aspek positif mahupun negatif. semua ini bergantung kepada pengguna ict tersebut untuk menggunakan ke arah yang betul ..:)
ReplyDelete