Wednesday, 16 January 2013

KENALI LENSA-LENSA FOTOGRAFI

Kali ni nak kongsikan pula mengenai serba sedikit tentang lens..jom lihat :

1. Ultra Wide Angle Lens ( UWA )

  • Ultra Wide Angle amat berguna untuk kawasan yang ruangnya terhad.
  • Kebiasaannya, saiz UWA adalah dari 14mm sehingga 21mm sekiranya mengikut kiraan 35mm.
  • Salah satu sebab penggunaan UWA adalah untuk memanipulasikan perspektif iaitu ia membesarkan segala yang dekat pada kamera dan mengecilkan segala yang jauh dari kamera. 
  • Di dalam rumah, UWA boleh memberikan anda imej keseluruhan bilik tanpa herotan ( distortion ) yang ekstrem. Bagaimanapun, anda akan melihat hujung bilik akan mengecil.
  • UWA boleh digunakan untuk mencipta gambar potret karikatur.
  • Elakkan menggunakan aperture yang paling kecil walaupun ia memberikan Depth of Field yang paling besar kerana ia akan memberikan imej yang lembut ( soft image ).

    
 Lensa UWA from Tokina                       Lensa UWA for Canon




 2. Lensa Telefoto

  • Telefoto membenarkan anda untuk merakam subjek yang berada jauh, dengan membesarkan segala pandangan di hadapan mereka.
  • Telefoto adalah merupakan lensa yang saiznya lebih panjang dari standard lensa.
  • Ia akan memberikan kesan yang lebih baiki untuk sesebuah potret berbanding wide angle lens.
  • Lensa telefoto mempunyai saiz fokal lenght 80 hingga 150mm pada 35mm format dikategorikan sebagai lens yang ideal untuk potret.
  • Apabila menggunakan lensa telefoto dengan tripod, mount pada lens akan menggunakan tripod collar dan ini akan memberikan ketguhan yang lebih baik.


           

4 comments:

  1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemilihan lens kamera juga menjadi salah satu faktor utama untuk mendapat gambar yang terang dan jelas. Lens UWA bukannya tidak baik cuma ia berbeza dengan gambar yang di ambil menggunakan lensa telefoto. Biasanya para wartawan banyak menggunakan lensa telefoto untuk mengambil gambar kerana ia boleh memlakukan zoom dengan lebih jelas dari kedudukan yang jauh berbanding dengan UWA.

    ReplyDelete
  2. bagi pendapat saya walaupun penggunaan lens adalah penting, namun begitu aspek-aspek lain harus diambil berat. bagi pendapat saya dalam menghasilkan kualiti gambar yang menarik individu perlu memahami dan mempelajari ISO, APERTURE dan SHUTTER SPEDD. selepas anda memahami fungsi ketiga-tiga aspek tersebut, tidak mustahil anda mampu menghasilkan gambar yang menarik dan berkualiti.

    ReplyDelete
  3. kepelbagaian lensa yang ada di pasaran fotografi sekarang semakin maju. ini berkesinambungan dengan perkembangan teknologi yang ada. masing2 memiliki kelebihan dan kekurangan daripada pelbgai sudut dalam fotografi.. jadi, jurufoto memiliki peranan yang penting untuk mengendalikannya mengikut situasi2 yang dihendaki.. lensa merupakan satu komponen yang utama dalam kamera.

    ReplyDelete