Friday, 18 January 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN FOTOGRAFI DIGITAL (Cyril Modili)

SEJARAH PERKEMBANGAN FOTOGRAFI DIGITAL
1.   Kamera digital pertama, ditemukan oleh Steven Sasson pada tahun 1975
·         Menggunakan sensor CCD;
·         Menghasilkan foto hitam putih dengan resolusi 0,1 Megapixel (320 x 240 Pixel);
·         Media penyimpanan berupa kaset tape;
·         Berat 3, 6 kg;
·         Waktu yang diperlukan untuk memproses satu buah foto, 23 detik;
·         Foto ditampilkan dalam sebuah layar televisi.
2.   Sony MAVICA (1981)
·         Foto yang dihasilkan masih hitam putih;
·         Menggunakan Video Floppy (VF) Disk
3.   Canon RC-250 Xapshot, akhir 80an
·         Kamera digital pertama yang dipasarkan untuk publik;
·         Foto yang dihasilkan masih hitam putih;
·         Foto yang dihasilkan sudah layak untuk keperluan surat kabar.
4.   Kodak DCS-100 (Awal 90an)
·         Model Umum untuk kamera digital masa kini;
·         Resolusi gambar 1, 3 Megapixel;
·         Format gambar yang digunakan adalah JPEG.
5.   Revolusi Kamera Digital (tahun 90an)
·         Menggunakan media penyimpanan data eksternal berkapasitas besar, seperti SD Card / MMC;
·         Mempunyai kemampuan untuk merekam gambar, suara dan video;
·         Resolusi mencapai puluhan Megapixel;
·         Diproduksi secara massal, sehingga harganya semakin murah;
·         Munculnya DSLR;
·         Kamera digital diintegrasikan ke berbagai perangkat lain.
<Sejarah Perkembangan Fotografi Digital ini memberikan satu evolusi perkembangan terhadap teknologi DSLR masa kini..>

Sejarah Komputer - saddam edris


Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. 
Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakanabakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.
Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda.
Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.
Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'.Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuksebagai inputboleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.
Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. 
Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.
Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.
Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
Generasi Pertama (1940 - 1959)
Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)

Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. 
Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama(main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC(Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan olehJohn von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC(Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator)memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I(Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.


Genarasi keduaKomputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan dioduntuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.

Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.

Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Generasi ketigaPenyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.


Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggilpengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.


Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
Ialah pusat sistem komputer.
Ia adalah bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa. 
Biasanya ia digelar sebagai otak sistem komputer.
. Berfungsi untuk:

    http://members.tripod.com/upsi_mit/hardware_files/image003.gif   - bertindak sebagai pengawal dalam melakukan segala
            operasi komputer

    http://members.tripod.com/upsi_mit/hardware_files/image003.gif   - memproses data di dalam sistem komputer.

    http://members.tripod.com/upsi_mit/hardware_files/image003.gif   - melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data yang
            tersimpan di dalam Ingatan..

    http://members.tripod.com/upsi_mit/hardware_files/image003.gif  - menterjemahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk
           yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun
           komputer-komputer lain.

Maksud Perkaksan dan Perisian - Saddam bin Edris


          Perkakasan

Merupakan komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara terus dengan komputer atau sistem yang lain. Ia juga merupakan alat yang digunakan sebagai input, dan aktiviti pemprosesan serta output.

          Perisian
Fungsi: Urus,menyedia peralatan,perantara
Merupakan program yang mengawal operasi komputer dan dokumentasi. Dibahagikan kepada sistem dan aplikasi perisian.

INPUT
          Input merupakan satu proses yang mana sesuatu komputer itu boleh proses atau ubah daripada jenis data kepada bentuk kod digital.
          Alat input pula mengubah data serta program yang boleh difahami manusia kepada suatu bentuk yang komprehensif ke CPU.
          Data tersebut mungkin diperolehi daripada sumber-sumber dokumen lain atau yang dimasukkan terus ke dalam komputer.

PERALATAN INPUT
          Papan kekunci
          Alat penunjuk
          Sumber data yang secara automatik

OUTPUT
          Data mentah yang telah diproses kepada bentuk maklumat yang boleh digunakan.
          Output juga merupakan hasil daripada proses pengkomputeran.
          Alat output menjadikan maklumat yang diproses wujud untuk digunakan.
Hard Copy dan Soft Copy
          Hard Copy (jenis cetakan yang boleh dipegang/jelas)
Merekodkan teks atau grafik di atas medium yang kekal seperti kertas atau filem.
          Soft Copy(jenis cetakan yang tidak jelas/dipegang)
Menggunakan isyarat elektronik untuk menunjukkan imej sementara pada skrin.

APAKAH ITU PERISIAN?
          Perisian
-Perisian merupakan arahan  yang terdapat dalam bentuk program dan mengawal operasi ataupun perjalanan sesuatu komputer. Ini termasuklah pendokumenan.
Kategori Perisian
          Perisian versi 1.0
          Perisian sistem versi 1.0
          Perisian aplikasi versi 1.0
Application software- perisian aplikasi
          Aplikasi merupakan suatu tugasan yang penguna jangkakan sesuatu komputer itu boleh beroperasi.
          Aplikasi terdiri daripada 2 jenis kategori:
-tujuan umum
-Tujuan khusus

Aplikasi untuk tujuan umum.
Perisian dibangunkan untuk membantu dalam penyelesaian sesuatu masalah yang bersifat umum. Ia juga digunakan dalam pelbagai jenis situasi.  Contoh perisian:
          Pemprosesan perkataan
Mencipta, mengedit,mencetak dokumen berasaskan teks.
          Lembaran taburan “spreadsheets”
Menyusun, mengira dan membuat data bergraf.
(Sambungan) Aplikasi untuk Tujuan Umum
          Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Menyusun sesuatu data supaya data itu mudah diambil semula.
          Penyampaian Grafik
Menghasilkan/mencipta grafik yang kelihatan seperti professional
          Komunikasi
Menghubungkan kepada internet dan dunia web.

Aplikasi untuk Tujuan Khusus
Terdapat beberapa aplikasi yang dikhususkan untuk menyampaikan sesuatu tugasan.
          pengurusan
          Perakaunan
          Hiburan
          Pendidikan
Kejuruteraan dan saintifik
Perisian sistem
Perisian sistem- merupakan program bagi tujuan penyelarasan operasi sesuatu komputer; juga merupakan program yang memudahkan kecekapan dalam penggunaan sesuatu sumber komputer; turut merupakan program yang membantu dalam pembangunan sesuatu program aplikasi.
          Sistem operasi:
-menguruskan operasi secara umum bagi sesuatu sistem komputer.
          Graphical User Interfaces (GUI):
-MS Windows NT, Motif, OpenWindows
          Bahasa Pemprograman:


Pengenalan Kepada Internet - saddam edris




Konsep Internet

Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia. Dalam hal ini komputer yang dahulunya digunakan berasingan dapat berhubung terus dengan host-host atau komputer-komputer yang lain.

Defenisi yang lain adalah, Internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar dimana setiap penduduk memiliki alamat ( Internet address ) yang dapat untuk berkirim surat atau maklumat. Jika kita ingin mengelilingi dunia, di atas alam siber atau media telekomunikasi. Jalur lambatnya menggunakan talian telefon, dan jalur cepatnya menggunakan talian leased atau ISDN.
Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dengan dunia kita seharian, maka internet boleh disebut dengan ruang siber ( cyber space)

Sejarah Internet

Sebelum Internet ada, ARPAnet (US Defense Advanced Research Projects Agency) atau Jabatan Pertahanan Amerika pada tahun 1969 membuat jaringan komputer yang tersebar di seluruh US untuk menghasilkan maklumat berpusat, yang apabila berlaku peperangan, maklumat mudah disebarkan. Jadi bila satu bahagian dari sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu
Internet digunakan oleh kalangan akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Setelah itu, pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.

Ringkasan Sejarah Internet

1960an- Pakar komputer menemui cara untuk membina sistem rangkaian.
1969 - ARPANET (DoD Advanced Research Project Agency) menyambungkan
UCLA, University of California di Santa Barbara, University of Utah, dan Stanford Research Institute.
1975 - Pentabdiran internet dipindahkan kepada Agensi Komunikasi Pertahanan U.S.
1979 - USENET mula disebarkan ke sistem perhubungan berita antarabangsa.
1981 - BITNET (Because It's Time Network) mula menawarkan mel-elektronik dan ‘ list servers ’untuk  sebaran maklumat. CSNET (Computer Science Network) menawarkan servis ‘dial-up’ untuk e-mail. Perkhidmatan internet menggunakan komputer pc diperkenalkan.
1982 - TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) menjadi piawai komunikasi rangkaian pada ARPANET.
1983 - MILNET dan DDN (Defense Data Network) diasingkan dari ARPANET.
1984 - Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan.
1986 - Cleveland FreeNet memulakan operasi.
1987 - Agensi Sains Kebangsaan US (NSF) menandatangi perjanjian lima tahun ($14 juta ), dengan IBM, MCI, dan Michigan Educational Research Information Triad untuk menguruskan rangkaian.
1988 - Robert Morris, Jr. melepaskan "worm" ke Internet.
1990 - CERN ( European Particle Physics Laboratory di Switzerland) memperkembangkan World Wide Web.
1991 - NSF memperkenalkan undang-undang siber penggunaan internet untuk tujuan komersial. DoDDS mula menggunakan CC:Mail.
1994 - Digital video dan audio mula diperkenalkankan melalui Internet.



Kegunaan Internet

Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh didapati dari Internet dalam semua bidang (perniagaan, akademik, kerajaan, organisasi dsb), antara lain:

1. Maklumat yang boleh diperolehi dengan lebih cepat dan murah dengan aplikasi:
Mel Elektronik ( e-mail )
World Wide Wide ( www )
NewsGroup
Multimedia
FTP
Gopher
dan lain-lain

2. Mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran dan penyebaran,
contoh:
Buku di Internet
Majalah, brosur, dsb
3. Sebagai media iklan/promosi, contoh:
Imej syarikat
Pengenalan, dan pemesanan produk

4. Komunikasi Interaktif
Multimedia
E-mail
Sidang Video (Videoconferencing)
Internet Relay Chat
Internet Phone

5. Sebagai alat Research and Development
6. Pertukaran data
Mel Elekronik (E-Mail)

Mel Elektronik adalah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak digunakan di internet. Dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail berupa program, gambar grafik dan sebagainya dari komputer ke komputer lain dan dihubungkan melalui alat dan perisian komunikasi.

Kelebihan
Murah
Cepat
Mudah
Berkesan

World Wide Web (WWW)

WWW adalah aplikasi yang paling menarik di internet seperti e-mail aplikasi ini sangat penting dan banyak digunakan. Aplikasi ini kadang-kadang disebut “ The killer application” atau “the world is in your finger tips” kerana sedemikian mudahnya kita dapat mendapatkan maklumat tidak hanya teks tetapi gambar ( imej ), maupun multimedia. Dalam apklikasi ini banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan seperti:
Memesan atau membeli sesuatu barang secara online
Mendaftar secara online
Mengakses multimedia, dsb

Informasi yang diletakkan di www disebut “laman web” dan setiap laman web mempunyai alamatnya masing-masing.

File Transfer Protokol (FTP)

File Transfer Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet untuk muat turun (download) dan muat naik (upload) sesuatu fail di FTP server. Dengan ini kita dapat bertukar fail dengan cepat. Pada masa sekarang terdapat banyak program dan software yang percuma (free) untuk di muat turun dari mana-mana laman web di internet.

Sidang Video

Sidang video merupakan perhubungan antara penguna dari berbagai lokasi yang dihubungkan melalui internet. Perkakasan yang diperlukan oleh setiap pengguna adalah komputer, kamera tv, perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan. Ianya boleh dianggap, seperti suatu mesyuarat yang dijalankan diruang siber dimana pesertanya terdiri dari pelbagi lokasi yang berlainan. Pengguna boleh berinteraksi secara langsung (on-line) antara satu dengan lain.

News Group

News Group merupakan forum diskusi yang merupakan ruangan-ruangan diskusi yang terpisah dan setiap ruangan mempunyai tajok diskusi yang berbeza-beza. Disetiap ruangan boleh terdapat lebih dari seorang yang saling bertukar pendapat atau pandangan. Jadi pendapat yang diberikan boleh diterima oleh semua orang yang ada di ruangan tersebut. Ianya boleh juga dianggap seperti Bulletin Board yang ada di sekolah atau pejabat, sehingga setiap orang boleh meletakkan artikel-artikel atau pendapat-pendapatnya yang boleh dilihat dan dibaca oleh semua orang. Dengan aplikasi News Group artikel atau surat yang dikirim dapat dengan cepat terletak di group yang diinginkan.

Telnet
Dengan Telnet kita boleh mengakses komputer yang lain tanpa perlu mempunyai program komputer berkenaan. Jadi yang dilihat dimonitor komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan tersebut. Ini sering juga disebut “ Remote Login”. Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan Telnet :
Mencari katalog perpustakaan, kampus, dsb
Mengakses pangkalan data
Mengakses Buletin Board Organisasi kerajaan.

Untuk menggunakan Telnet kita harus mempunyai IP adress atau domain name dan juga kita harus mempunyai hak untuk mengakses yaitu dengan login name dan katakunci (password).

Gopher

Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di Internet, tetapi hanya teks saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita harus menghubungkan dengan Gopher server yang ada di internet.




Chat

Chat adalah program aplikasi internet yang memungkinkan kita bercakap secara langsung (on-line) dengan pengguna internet yang lain. Program aplikasi ini biasa disebut IRC ( Internet Relay Chat ) Disini, berbicara melalui papan kekunci dan harus mengadakan hubungan dengan IRC server.

3.2 Pelayar Internet

Untuk melayari Internet kita memerlukan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Kita juga harus mendaftar ke Internet Service Provider untuk membolehkan akses ke Internet. Internet Service Provider adalah syarikat yang menyediakan laluan ke Internet. Kita juga harus mempunyai alamat di ISP.

Jenis Laluan
Jenis laluan yang diberikan oleh Internet Service Provider:

IP Connection

Kalau semua hardware dan sofware kita ingin dihubungkan secara langsung atau akses ke Internet, maka kita harus menggunakan IP (Internet Protocol) address.

Dial UP Connection
Kalau kita menggunakan modem untuk dial ke ISP supaya mendapatkan sambungan ke Internet, maka dikenal Dial UP akses.

Internet Service Provider di Malaysia

1. JARING
Joint Advanced Research Integrated NetworkinG JARING ditadbir oleh MIMOS (Malaysian Institute of Microelectrinic System)

2. TMNet
Telekom Malaysia Networking. Diuruskan oleh Telekom Malaysia

3. DIGI

4. Celcom

5. Maxis

6. P1

7. Yes









Singkatan domain

1. Negara
au : Australia
ca : Canada
fr : Perancis
uk : United Kingdom
id : Indonesia
my : Malaysia
us : USA
sg : Singapura

2. Jenis organisasi
.com : untuk perusahaan atau badan komersial, contoh : apple.com
.edu : untuk institusi pendidikan, contoh : utm.edu.my
.gov : untuk badan kerajaan, contoh : moe.gov.my
.mil : untuk kalangan tentera, contoh : af.mil
.int : untuk badan bebas antarabangsa
.net : untuk host yang mengatur jaringan / ISP, contoh : jaring.net
.org : untuk organisasi swasta yang tidak tergolong dari di atas

Perisian Web Browser

Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk melayari internet. Di antaranya adalah :
Internet Explorer
Netscape
·   Mozilla


Bahasa Internet

Untuk tujuan membina perisian dalam internet dan membolehkan pengguna lain mengakses homepage yang dibina. Pembina homepage perlu menggunakan bahasa khusus yang digunakan dalam internet iaitu :
Bahasa HTML (hypertext markup language)
Bahasa JAVA.

Isu Moral Dan Undang-Undang
Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.
Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta.
Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformat MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan seperti Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.