Sunday, 18 November 2012

Storan dalam Talian (online storage)

Dropbox ???

Dropbox ialah servis atau perisian simpanan file seperti gambar, dokumen atau video secara percuma. Setiap file yang anda upload kat akaun dropbox secara automatik akan ada pada mobile phone dan komputer. Dan sebaliknya. dropbox akan memudahakan kerja anda kerana anda tidak perlu lagi membawa pendrive atau email dokumen ke akaun email anda sendiri.

Macam mana ianya berfungsi?
1.Download dropbox application ke komputer yang digunakan.
2.Install aplication tersebut. Sign up maklumat yang diminta





3. Buka file dropbox yang diminta yang telah dimasukkan kedalam komputer anda. Drag mana-mana file yang anda mahukan.
4. Pergi ke website - https:://www.dropbox.com. Sign in dulu,File yang anda masukkan tadi akan terdapat di dalam dropbox tersebut

Kelebihan Dropbox?

  •  Boleh menyimpan file secara online dengan mudah.
  •  Boleh access dimana selagi ada kemudahan internet.
  • Tak perlu lagi menggunakan pendrive utk dicocok di komputer awam spt cc dll.
  • Boleh digunakan di komputer dan mobile telefon dengan hanya sign in account dropbox
  • Memudahkan anda berkongsi dokumen atau sebarang file dengan rakan-rakan.
  • Boleh diemailkan atau dishare dokumen tersebut melalui facebook dan twitter.


Fungsi storan dalam talian lain seperti google drive dan icloud juga hampir sama seperti dropbox. tak kesahla kalau korang nak pakai yang mana. kat bawah niy ada disediakan link untuk google drive dengan icloud. so,ape tggu lg? enjoy!


                                                http://drive.google.com/



                                                 https://www.icloud.com/




4 comments:

  1. bagi pendapat saya, storan dalam storage banyak membantu pelajar dalam menyimpan setiap tugasan. kerap kali berlaku kehilangan tugasan apabila tugasan tersebut mahu dihantar disaat akhir. seperti, pendrive terkena virus,laptop bermasalah dan sebagainya. dengan menyimpan segala maklumat tugasan di dalam storan dalam talian, segala maklumat disimpan dengan baik. dengan adanya internet, anda boleh mengaplikasikan storan dalam talian ini di mana-ana sahaja. jadi pelajar tidak perlu risau akan kehilangan data maklumat dan segala tugasan dapat dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. pada pendapat saya. storan dalam storage ini pula memberi kelebihan kepada pelajar atau orang yang banyak menyimpan maklumat peribadi mereka ataupun sebagainya.file seperti gambar, dokumen, dan lain-lain mudah untuk disimpan tanpa bayaran,dan selamat. oleh yang demikian, para pelajar tidak lagi risau untuk meyimpan maklumat mereka yang penting. kesenangan ini harus digunakan dengan sebaik-baiknya dan harus disebarkan kepada orang ramai yang masih belajar mahupun di alam pekerjaan untuk kegunaan simpanan maklumat dalam alam maya ini..

    ReplyDelete
  4. Online Storage sememangnya teknologi yang sangat berguna kepada semua orang. Banyak kebaikan yang diperolehi dalam menggunakan teknologi ini.
    1. kehidupan lebih terurus.
    Hidup dalam dunia IT pada masa kini memberi kebebasan dalam menggunakan semua aplikasi dalam dunia cyber. Oleh kerana otak manusia adalah terhad dalam menerima maklumat maka wajarlah aplikasi-aplikasi ini digunakan sebagai storan gantian kepada otak manusia. Selain itu, setiap maklumat yang disimpan dapat disimpan dan disusun walaupun mempunyai muatan yang besar. Dengan pengunaan storan ini maka kehidupan manusia menjadi mudah dan terurus.
    2. Penjimatan
    Penjimatan juga berlaku kerana pengunaan storan ini. hal ini berlaku apabila pengunaan pendrive atau hard disk yang mahal tidak digunakan. Dengan itu, penjimatan boleh berlaku. Kehidupan juga menjadi mudah dan selesa.

    ReplyDelete