- Teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan mesin,bahan,dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
- Teknologi berasal daripada perkataan 'Greek' (technologia).'techne' bermaksud seni,kemahiran dan rekaan,manakala 'logia' pula ialah pembelajaran, kajian. Istilah teknologi dan gadjet telah menggunakan prinsip seni.
- Maksud kedua "teknologi" dalam bidang ekonomi ialah teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki ,oleh itu teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
* Contoh: teknologi pertengahan abad ke-21,sebuah kamera yang dicipta ,dimana dahulunya maunsia menggunakan filem yang terpaksa dicuci untuk melihatnya,namun sekarang dengan keadaan teknologi serba moden,manusia dapt menggunakan kamera digital ini untuk mengambil gambar tanpa menggunakan filem.
Maklumat?..
teknologi maklumat ini banyak sebenarnya definisi ,dan berlainan sumber2 nya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTeknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
ReplyDeleteSejarah
Istilah “teknologi maklumat” muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesan jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
(sumber : http://ituntuksemua.wordpress.com/2011/02/20/teknologi-maklumat/ )-diakses pada 18/11/2012