Sunday, 16 December 2012



Bagaimana mencari maklumat di Internet?
Tak ramai yang tau bagaimana untuk mencari maklumat di internet. Ini adalah kerana tak biasa dan kemungkinan terlalu banyak menghabiskan masa untuk perkara-perkara lain di hadapan komputer.

Apabila menggunakan internet biasanya kita menggunakan pelayar Internet Explorer (IE) atau Mizolla Firefox (Open Source). Kedua-duanya tak banyak berbeda dan mempunyai fingsi yang sama.

Setelah itu kita akan masuk ke Web Portal.

Web Portal?Merupakan sebahagian daripada enjin pencari yang biasa, ia juga menawarkan lain-lain service seperti pelayan e-mail, berita, bursa saham, maklumat dan hiburan. Web Portal juga mempunyai paparan yang menarik untuk memberi persembahan kepada semua pengguna internet diluar sana.

Contoh Web Portal adalah,
http://www.yahoo.com/
http://www.msn.com/defaulta.aspx
http://www.lycos.com/
http://www.aol.com/
http://www.webportal.com.my/

Enjin Pencari (Search Engine)?Merupakan alatan yang direka cipta untuk mencari maklumat di internet. Hasil pencarian akan dipersembahkan dalam bentuk list dan kediasaannya dipanggil hits. Antara maklumat yang terkandung adalah Nama dan alamat Web, gambar atau photo, maklumat dan beberapa jenis file berkaitan.

Contoh enjin pencari adalah,
http://www.google.com.my//
http://www.mamma.com/
http://www.altavista.com/
http://search.aol.com/aol/webhome
http://duckduckgo.com/

Yang paling mudah gunakan google . Masuk enjin pencari google, lepas tu tuliskan apa saja perkataan yang ingin dicari seperti dibawah. Cuba dan terus mencuba sampai jumpa.

















PREPARED BY,
JULIANA LABA
BA11110141


Cara Mendapatkan Maklumat :)


Apakah itu enjin carian?

Enjin carian [search engine] ialah sistem  yang  dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah  jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi.  Tetapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet,mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian.Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian iniberfungsi ialah apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada  Google, Yahoo atau  MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci  yang dimasukkan. Semua laman web  yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.Tidak semua enjin carian adalah sama.  Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Anda jangan keliru, servis carian internet ini terbahagi kepada 2 kategori : 

1. Directori [web directori] 
2. Enjin pencarian


Di dalam bab 2, kita akan mempelajari tentang cara-cara penggunaan enjin carian iaitu mencari maklumat di internet menggunakan enjin pencari.

1.  Enjin Carian ialah suatu enjin pencari yang mencari apa saja maklumat yang dikehendaki atau  diperlukan menerusi internet dengan hanya memasukkan kata kunci (keyword) pada kotak „Web Search‟ yang terdapat pada web enjin pencari tersebut.Untuk menggunakan enjin carian seperti Yahoo, Google , Mozilla dan sebagainya, double klik pada ikon ‘Internet Explorer’  

2.  Setelah double klik, laman web  Yahoo!  akan dipaparkan kerana laman web ini telah 
disetkan sebagai default page. Jika anada ingin menggunakan enjin carian yang lain 
seperti  „Google‟, hanya taip  www.google.com.my  

Setelah anda menaip   www.google.com.my  pada address bar tersebut,kemudian tekan 
‘Enter’. Anda akan dapati laman web Yahoo! akan berubah kepada Google

Seterusnya,jika anda ingin mencari sebarang maklumart anda hanya perlu menaip "keyword" yang anda inginkan dan klik google search. 



post by: Muhamad Sharif bin Mohd Abdul Latif  Ba11110237









CARIAN GOOGLE | KEYWORD SPIDER CRAWL

Assalamualaikum dan salam satu blogger. disini anda dapat mengetahui cara macammana kita nak dapatkan fakta yang kita cari tanpa ditipu oleh sesetengah blog yang mempermainkan keyword untuk mendapatkan trafik. Kadang-kadang maklumat yang sebenar tiada dan hanya mengelirukan kita.
 Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, terdapat step/cara yang boleh kita buat untuk mengecilkan skop pencarian. Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas. Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas. Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta. Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul. Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet. 
Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain. Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.
 
 Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-
 
1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat. Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.
 
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti – Enterprise – Ker dan lain-lain. 
 
3. Penggunaan tanda pengikat kata (” “) bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian. Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, “Membujur lalu melintang patah”.
 
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata. Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
 
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (” “). 
 
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
 
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian. Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.
 
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat. Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu. Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini. Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut. 
 
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
 
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan. 
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) – Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) – Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) – Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) – Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran – Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara. Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
 
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas. Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian. Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat. Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris. Sekian terima kasih.


Thinkfree Online



this time i would to share a little bit about Thinkfree. it is very useful to everybody escpecially to student.  this online storage can prevent our document if something happen to our laptop. it is very easy. you just need sign up and then already can use the online storage.
01. What can I do after signing up?
You can connect to ThinkFree Online on your Windows Mobile phone, and then download and view pictures, documents, or other files stored in ThinkFree Webhard. You can also send them to others.
02. What is ThinkFree Online and what kinds of advantages does it offer?
ThinkFree Online provides an online service that allows users to prepare, save and edit office format documents on the web.
The users of Android-based smartphone, Windows Mobile, and iPhone can install the ThinkFree application on their device and then access to My Office of ThinkFree Online where they can store and manage documents and files.
03. Can I recover data that has been deleted by mistake?
You can recover data deleted by mistake from the trash folder.
However, if you have emptied the trash folder, you cannot recover your data.
04. Can I edit and save downloaded documents on a smartphone?
When you click the downloaded document on your smartphone, it connects to the Office Mobile program that is installed as default on your smartphone. You can then either edit or save the file.
05. I am currently using ThinkFree Online with my Google account. Can I use ThinkFree Online on my smartphone as well?
Those who have a Google account can sign in and use ThinkFree Online by clicking ‘Sign in with Google account’ instead of signing up for ThinkFree Online.
However, you need to sign up for ThinkFree Online if you want to use the ThinkFree Windows Mobile service.

To have a ThinkFree account, follow the procedure below:
1. Go to ThinkFree Online (www.thinkfree.com)
2. Sign in using your Google account
3. Click Settings and then click ‘Move to a ThinkFree account’ on the left pane or go tom.thinkfree.com using your mobile browser and then click ‘Move to a ThinkFree’
4. Create your password, then click Submit.
06. Where can I download ThinkFree Windows Mobile?
You can download ThinkFree Windows Mobile from ThinkFree Online.

On the Service Information page of ThinkFree Online, click the ThinkFree Windows Mobile menu on the left pane, then click the Free Download button to download it.


so, what you will wait for? it easy right? lets enjoy! :)

Cara Mencantikkan Blog Anda..(Cara membuat carian untuk mencantiikkan blog)

Nuffnang Ads

Cara untuk mencantikkan blog | lebih mesra pelawat 

As'salammualaikum...

mesti ramai yang hairan kan,blog acik nie bukan cantik pun,tapi pandai2 pula nak memberitahu cara untuk mencantikkan blog..
acik sedar akan keadaan itu..*cewah,ayat*
memang blog acik tak cantik dah sekarang..cukuplah dulu2 acik dah cuba pelbagai cara untuk cantikkan blog ini dan cukuplah acik memeningkan kepala dengan segala kod html..sekarang nie nak pencen dah dengan kod2 tu..huhu...dari zaman url blog acik http://aciksayang.blogspot.com kemudian berganti ke http://www.puspitakirana.com ertinya acik dah lalui sebuah perjalanan yang panjang dan dah cukup rasanya untuk acik membuat entri sendiri mengenai tajuk utk hari ini..
inilah dia versi acik ita..versi pengalaman acik..versi penilaian acik..versi pembacaan acik dan versi mata hati acik..huhu..*berapa banyak versi daaa*

sebelum tu,jom lihat wajah blog acik yg dulu2..sangat berwarna-warni..

perubahan yang sangat jauh kan dari yang sekarang...
jauh sampai kawan2 blogger acik yang dulu dah lupa dah kat acik *tu part yang sedih*

tapi jika anda adalah salah seorang blogger yang ingin serius dalam dunia blog nie,pasti anda juga akan buat benda yang sama dengan acik..

melakukan perubahan yang begitu ketara setelah mengetahui apa sebenarnya ciri2 blog yang lebih 'mesra pembaca'..lebih penting,'mesra SEO'..

jadikan masa 'bw' sebagai masa untuk mencari ilmu dan menjadi pemerhati yang peka..

blogwalking adalah masa yang sangat sesuai untuk anda belajar dan memerhatikan ciri2 blog yang lebih mesra pembaca ataupun blog yang setakat cantik dipandang mata..kalau dah jalan2 tu,cubalah untuk memerhatikan keistimewaan sesebuah blog..bukan setakat bw kemudian shout di chatbox mereka,'follow me n i will follow u back'.. tapi jangan salah faham..acik tak kata tinggalkan jejak di shoutbox tu perkara yg salah,ada pentingnya juga aktiviti tu..


Background

bagi sesetengah blogger,background mmg penting..kerana background mampu memberikan seri yang tersendiri ..tapi jika anda perasan,blog yang popular,banyak reader dan visitor,mereka hanya lebih mengutamakan penulisan atau isi blog..mereka tak begitu kisah dengan benda ini..mengunakan background yang simple juga dapat meringankan blog anda tau..

Header

acik tau,banyak blogger sekarang yang kreatif..suka edit2 gambar dan memasukan ilmu pendidikan seni di bahagian header..huhu..perkara tu tak salah..malah satu perkembangan yang baik..ertinya semakin banyak remaja kita yg kreatif lagi inovatif..bagus..bagus..
tapi dek,nie akak nak bagi tips sikit..header tu gunalah dengan saiz yang sewajarnya..makin besar header,makin lambat dia nak muncul..secara tak langsung ia memberi kesan juga kan kepada blog anda..mmg header boleh dimasukkan dalam kategori 'identiti sebuah blog',tapi kalau entri lagi cepat muncul dari header kan dah tak cantik dah..umpama melihat seseorang dari bawah kaki sampai ke leher sahaja...muka dan kepala tak pasti macam mana rupa dia..tapi itu hak anda,ini cuma pendapat acik jer tau..jangan marah yea...(^_^)

Sidebar

sidebar,adalah bahagian penting dalam blog anda..sidebar bagaimana yang lebih bagus? sidebar yang tak serabut dengan gambar,dengan gif2 dan yang tak terlalu panjang sampai cecah tanah..huhu..jangan letak terlalu banyak content di bahagian sidebar..makin banyak letak content di sidebar,makin berat juga blog anda..bagi acik,tak perlu la pelihara ikan dan hemster tu di sidebar..yang tak penting2 tu sebaiknya remove la sekarang yea..tips penting di sini,template dengan dua column adalah pilihan yang tepat..(^_^)

Bilangan Post dalam Laman Utama

Bagi reader yang baru pertama kali datang ke blog anda kadang2 akan melalui laman utama atau main page anda kan..jadi bilangan post dalam laman utama anda tu janganlah terlau banyak..ada sesetengah blog yang acik pergi tu,main page dia sampai 7 post..kalau dah 7 post/entri tu,paham2 aje la yea panjang dia,nak tunggu semua entri tu satu hal,kalau ada banyak gambar lagi dalam satu entri..erk..sabar aje la..
jika anda tetap nak letak 7 entri atau 10 sekali pun dalam main page,gunalah kaedah 'read more'..biar ringan sikit blog anda..ini bukan paksaan yea..hanya sedikit pendapat acik..


Bahagian Komen : Gunalah pop-up window

Walau benda nie dah banyak blogger2 otai dah tegur,tapi masih banyak juga yang tak ambil peduli..tak ambil peduli atau tak tau? atau tak perasan?atau biarkan?
bahagian komen adalah bahagian penting selepas entri..orang  dah baca entri,nak komen..tapi jika dah taip panjang nak send komen kena refresh page pulak dah...tak habis dengan tu,kena masukkan perkataan pulak..refresh page lagi..urrrmmm..kalau blog tu laju load dia tak apa,kalau berat..acik yakin,patah terus niat nak komen..klik [X] la pembaca tadi...
nak buat pop-up window bukan susah pun,pergi setting,klik comment,tanda popup window dan save,dah siap..tak susah..tak perlu edit html pun..huhu

Letakkan Follower di bahagian sidebar tepi

meletakkan vvip (follower) di bawah header adalah satu perkara yang bagus,itu tandanya anda sangat menghargai follower anda..tapi maaf yea,nie hanya pendapat acik secara peribadi,meletakkan follower dibawah header adalah kurang tepat jika anda mmg berniat nak ringkan blog..tu hanya akan melambatkan blog anda utk load..nie pengalaman acik sebagai kaki bw juga..jelas terbukti,bahawa follower yang diletak di sidebar adalah lebih baik dari di bawah header..*cam kesimpulan dalam eksperimen sains pula ayat acik..hehe*

Guna Template Mesra SEO Lebih bagus

Apa itu SEO? ada incik google kan,cuba tanya dia..hehehe...sebenarnya bab2 SEO nie acik bukanlah pakarnya..sebab acik pun baru belajar mendekatkan diri dengan benda yang berunsurkan SEO nie..baru dua minggu acik belajar..
semasa acik baru berganti ke domain web,diawal perubahan tu blog acik mengalami kejatuhan,kalau orang ibaratnya jatuh tersungkur..apa taknya,dulu blog acik dah ada PR dan alexa rank termasuk bagus..tapi setelah berganti,PR acik jadi 0/10..dan alexa rank jadi no.yang ke 6juta lebih..6juta woo..adoyai..tapi alhamdulillah,acik belajar sikit2 pasal SEO,kini dah dalam 3juta lebih hanya dalam beberapa hari..itulah gunanya template mesra SEO dan sedikit ilmu SEO..pr tu,kalau dapat alhamdulillah..kalau tak pun tak apa,sekurang2nya acik tau batas kemampuan diri acik..ertinya acik kena berusaha lagi kuat..huhu..

satu kelebihan yg acik perasan semasa guna template mesra SEO nie,bilangan pelawat atau traffic mmg alhamdulillah bagus..kalau cecah ribu riban tu acik sedar,acik masih tak layak..tapi kalau anda tak nak bw selama 2hari,pelawat tetap ada..tak la sunyi blog dari pelawat..


Jenis Tulisan,Gambar, dan lain-lain

Jenis tulisan,sebaiknya guna yang biasa2..kita nak buat pelawat blog kita membaca dengan mudah,kan..kalau tulisan terlalu unik dan berseni boleh menimbulkan malas..malas nak baca kemudian malas nak komen..mereka hanya akan jadi pelawat semata2 nak tinggalkan jejak kemudian anda kena jejak kembali...
gambar pula,seperti acik nyatakan tadi,jangan terlau banyak gambar dalam format gif..ala gambar yang gerak2 tu..kalau terlalu banyak benda tu,ia boleh membuatkan pembaca anda hilang fokus nak baca..baca sikit,tengok ag benda gerak2,pas tu 'eh,sampai mana aku baca tadi?'..tak best kan cam tu..
gunakan template dua column,lebih simple..kalau kiri kanan entri ada sidebar,rasanya sedikit m'ganggu..
lain2 pula adalah seperti penggunaan warna pada blog..jangan terlalu banyak widget di sidebar,dan susun atur blog kena la kemas...

ok la..sakit dah piggang acik..hehe..jika ada di antara anda nak tambah apa2 info atau panduan berguna,boleh tinggalkan komen di bawah..tak baik dekut ilmu...berkongsi ilmu tu kan dapat pahala...

^^

semoga berguna yea...


barakhallahufik.
.
 POST BY NUR ASHIKIN YAKUB

Google Docs...????


Apa itu google docs??
Google docs adalah sebuah perkhidmatan dari google untuk membuat, mengedit dan pelbagai kegunaannya dalam membuat dokumen secara online. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat membuat dokumen seperti Ms.Word malah dapat membuat pembentangan menggunakan powerpoint dan operasi spreadsheet misalnya Ms. Excel dan banyak lagi.hasil pekerjaan anda yang telah siap boleh disimpan dengan selamat dalam perkhidmatan ini dan boleh dibuka pada bila masa sahaja.
Bagaimana mendapatkan perkhidmatan Google Docs…
Anda mampu memilikinya dengan hanya memiliki akaun google mail dan login ke dalam google docs pada alamat http://docs.google.com/ .
Bagaimana cara membuat dokumen?
Untuk membuat dokumen pula, pertama sekali anda perlu menentukan jenis dokumen yang anda inginkan. Ada lima pilihan iaitu Document, spreadsheet, presentation, form, dan drawing. Anda dapat mencipta apa yang anda inginkan melalui kepelbagaian pilihan ini!!...
Untuk infomasi lain,sebaik-baiknya anda cubalah sendiri. Pada pendapat saya, perkhidmatan google docs memiliki keistimewaan yang tersendiri dan mampu memudahkan kita create apa sahaja tanpa dan dapat menghantar ke mana sahaja yang kita ingin kongsikan. Kelebihan ini harus digunakan sebaiknya terutamanya pelajar.
Selamat mencuba semoga bermanfaat… “”!!!!.. peace…

Sejarah Wi-Fi



Wi-Fi atau (Wi-fi, WiFi, Wifi,wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi". Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayr (WLAN_ Wireless Local Area Network).

Produk yang berdaftar boleh meggunakan logo rasmi Wi-Fi yang juga bermakna produk tersebut boleh beroperasi dengan mana-mana produk yang mempunyai logo yang sama. Logonya sendiri diciptakan oleh Interbrand Corporation dengan gaya yin yang. Interbrand memiliki hubungan kerja sama dengan Wi-Fi Alliance.

Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasakan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.